Rajah 1: Lisis Sel (% sel dibunuh)
Interleukin 2 digunakan dalam bidang perubatan untuk pesakit kanser tertentu. Ia digunakan dengan harapan agar dapat meningkatkan fungsi sel NK dan memperbaiki hasilnya. Malangnya, IL-2 bersifat eksperimental, amat mahal dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang agak toksik apabila diberikan kepada pesakit. Kedua-dua kajian makmal dan pengalaman manusia menunjukkan bahawa Transfer factor 4Life dan Transfer factor 4Life Plus adalah tidak toksik dan diterima dengan baik oleh kedua-dua haiwan dan manusia. Lebih daripada mungkin, kedua-dua produk ini bekerja bersama-sama untuk merangsang pengeluaran semula jadi pemodulat imun seperti interleukin.
Dalam ujian makmal, gabungan dengan prestasi tertinggi juga telah menunjukkan beberapa maklumat baru yang penting. Gabungan Transfer factor 4Life menuruti keluk gerak balas-dos klasik. Secara yang mudah, ini bermakna terdapat dos gabungan yang memberikan gerak balas optimum. Dos yang lebih kecil memberikan gerak balas yang lebih rendah tetapi sebaliknya dos yang lebih tinggi tidak memberikan faedah tambahan. Kebanyakan nutrisi tambahan dan juga ubat-ubatan preskripsi berfungsi dengan cara gerak balas-dos klasik.
Ditunjukkan dalam Rajah 2 data sebenar daripada gabungan dengan prestasi tertinggi. Maklumat yang agak kompleks ini memberikan ahli sains keyakinan terhadap cerakin sel NK dan ia menggambarkan ciri gerak balas-dos gabungan Transfer factor 4Life.
Rajah 2: Lisis Sel NK Bagi Sel Sasaran; Inkubasi 48-Jam
4Life Transfer Factor Plus Advanced Formula
Formula Lanjutan Transfer factor 4Life Plus meningkatkan lisis sel sebanyak 437%, peratusan itu hampir 450%, nilai maksimum yang boleh diukur oleh cerakin ini. Cara kombinasi bahan ini bekerja tidak begitu jelas, namun demikian komponen-komponen tersebut adalah bahan penyelidikan aktif yang dilakukan oleh ahli imunologi molekul.
Komponen tambahan dalam Formula Lanjutan Transfer factor 4Life Plus mungkin dapat menjelaskan kewujudan gerak balas yang lebih hebat berbanding dengan IL-2. Polisakarida kompleks yang berasaskan tumbuhan, seperti manin dan glukan, mempunyai kemampuan untuk berinteraksi dengan reseptor khusus yang terdapat dalam sel sistem imun yang lain. Makrofaj dan sel pemprosesan antigen (APC - antigen processing cells) diaktifkan dengan kehadiran bahan-bahan tumbuhan tersebut. Kepada sel-sel tersebut, ia kelihatan seperti produk bakteria atau yis. Interaksi tersebut menyebabkan lebih banyak pengeluaran sitokin yang merangsang. Oleh itu, kedua-dua sumber rangsangan bersinergi untuk memberikan fungsi sel NK yang tinggi.
Rangsangan imun jenis ini amat diidamkan, kerana daripada kajian terbaru didapati bahawa sistem imun yang terangsang adalah suatu sistem imun yang berfungsi tinggi dan seimbang. Konsep keseimbangan mempunyai implikasi yang amat hebat bagi mengawal aturkan fungsi imun yang telah tersalah jalan.
Rajah 3 adalah suatu garis masa bergaya tentang gerak balas imun terhadap jangkitan virus. Dalam masa satu hari selepas jangkitan virus yang baru, sitokin mula bertindak dan tidak lama selepas itu, aktiviti sel NK meningkat dan memuncak. Di puncak ini, jumlah muatan virus mula mendatar total viral load plateaus. Ia mendatar disebabkan tindakan sel NK membunuh sel yang dijangkiti virus dan memberhentikan replikasi virus. Kini amat jelas bahawa fungsi sel NK yang cepat dan efektif amat kritikal dan ia menentukan kesudahan dan tempoh sesuatu penyakit.
Rajah 3: Garis Masa Gerak Balas Imun
Sumber: Nick Holmes, Ph.D., Bahagian Imunologi, Jabatan Patologi, University of Cambridge
Implikasi Kesihatan
Implikasi Kesihatan
Menambahkan kefungsian dan kewaspadaan imun kini dapat dilaksanakan di tahap yang tidak diketahui kurang daripada sedekad yang lalu. Paradigma telah beranjak, kerana kita mempunyai kemampuan untuk mengubah puncak aktiviti sel NK beberapa hari lebih awal, dan bukannya beberapa jam lebih awal. Implikasi yang menakjubkan adalah dengan fungsi sel NK yang bertambah baik, jangkitan tanpa penyakit mungkin sahaja berlaku, seperti pengecaman dan pemusnahan tumor sebelum tumor tersebut dikenal pasti sebagai suatu penyakit.
Selama ini peluang mencegah penyakit kelihatan agak kabur, dengan pengecualian aplikasi beberapa vaksin. Kemampuan untuk memperbaiki fungsi imun dengan selamat dan tidak mahal menjadikan harapan ini tidak lagi kelihatan begitu kabur. Pencegahan adalah jawapannya dan boleh digunakan oleh semua
No comments:
Post a Comment